Kami di homestayperlis.com ingin kongsikan Iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut :
- Penolong Pegawai Undang-Undang (Gred L29 | Tetap)
- Penolong Jurutera (Gred JA29 | Tetap)
- Penolong Pegawai Penilaian (Gred W29 | Tetap)
- Penolong Akauntan (Gred W29 | Tetap)
- Pembantu Penilaian (W19 | Tetap)
- Pembantu Tadbir (Kewangan) (Gred W19 | Tetap)
Iklan kekosongan jawatan ini boleh dilihat dalam Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kangar dengan melayari http://mpkangar.gov.my
Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.Ps – 12 – R1/2020 yang boleh didapatkan dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dan semua permohonan jawatan perlu disertakan resume bersama salinan Sijil/ dokumen-dokumen yang telah disahkan.
Tarikh tutup permohonan : 23 Jun 2020 (Selasa)
Tarikh iklan : 10 Jun 2020 (Rabu)
*Pemohon yang telah memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon jawatan tersebut (Rujuk iklan yang bertarikh 16 Mac 2020)