Sewaktu mula belajar tentang emas, sifu saya pernah bercerita. Katanya “Syukor.. jika orang tahu ilmu emas, maka cara dia melihat dunia akan berubah sama sekali”.
“Kenapa sifu cakap begitu?” balas saya. “Jika orang tak belajar ilmu emas, mereka cuma kenal duit RM. “Salah satu fungsi duit adalah alat mengukur nilai”
Contohnya… awak beli rumah pada tahun 2010 dengan nilai RM110,000. Setelah 10 tahun, bagaimana kita mengukur nilai rumah tersebut? Kita akan pakai RM juga kan?
Katakan tahun ini rumah tersebut bernilai RM250,000.
Jadi kita akan cakap “Setelah 10 tahun, harga rumah ini meningkat sebanyak 127.27%”.
Kesimpulan: Harga rumah yang diukur dalam RM, ia meningkat 127.27%
KEHEBATAN EMAS vs RUMAH
“Syukor, untuk pengetahuan awak, kita juga boleh ukur nilai sesuatu dengan berat emas” ujar sifu saya.
“Sebagai contoh, pada tahun 2010, harga emas sekitar RM135 segram. Jadi rumah yang berharga RM110,000 itu adalah bersamaan 814.81 gram emas” Ujar sifu saya (RM110,000 bahagi RM135)
“Dengan kata lain, jika awak nak beli rumah ini, maka awak perlukan 814.81 gram”
Sekarang, tahun 2020, berapa nilai rumah jika kita ukur dalam berat emas?
Harga rumah RM250,000. Manakala harga emas hari ini adalah RM269 segram (19/12/2020)
Nilai rumah ini dalam berat emas adalah adalah 929.36 gram. (RM250,000 bahagi RM269)
Jadi, di dalam berat emas:
Tahun 2010 = 814.81 gram boleh beli rumah ini
Tahun 2020 = 929.36 gram boleh beli rumah ini
“Nampak tak? Harga rumah jika diukur dengan berat emas, hanya naik sebanyak 14.06% dalam tempoh 10 tahun?”
Syukor. you nampak tak? Jika diukur dengan nilai RM, maka kenaikan harga rumah adalah purata naik 12.727% setahun.
Jika kita ukur dalam berat emas, rumah ini cuma naik 1.406% setahun. Awak nampak tak jauh benar bezanya?
Sebenarnya bukan salah rumah tu. Tapi salah kayu pengukur. Sebab kayu pengukur dalam RM adalah lemah.
In fact, apa sahaja kayu pengukur dalam duit kertas adalah lemah. Sebab duit kertas ini direka untuk jatuh nilainya dalam jangka masa panjang.
Sebab itu orang yang dapat gaji dalam RM akan sengsara. Sebab kenaikan gaji mereka tak mampu mengejar kenaikan harga rumah dan harga barang-barang.
Awak tengok zaman datuk nenek dan ayah awak.
Datuk ajer yang perlu bekerja. Nenek tak perlu.
Ayah aja yang perlu bekerja, mak tak perlu kerja.
Duit gaji cukup dan boleh sara satu keluarga.
Tapi tengok zaman sekarang.
Kalau suami aja yang kerja, alamat sesaklah kewangan keluarga tersebut. Kenapa? Sebab nilai RM merosot teruk. Pendapatan seorang kerja tak mampu nak tampung kos sara hidup yang tinggi.
Sebab itu, jika awak tahu ilmu emas, ia akan mengubah hidup awak. Awak akan ukur nilai dengan berat emas.
Kemudian awak dapati apa-apa sahaja benda yang diukur dalam berat emas, sama harga dia stabil atau ia jadi lagi murah.
Itulah kuasa emas.
Gais.
Ilmu ini telah mengubah hidup saya selama-lamanya.
Ia bukan sekadar simpanan dan pelaburan, malah ia boleh membantu menukar cara anda melihat kehidupan
Sumber : NotaEmasSyukorHashim