UPDATE KES POSITIF COVID-19 BAGI NEGERI PERLIS 14 JAN 2021
Moga rakyat Perlis terus mengamalkan SOP walau di mana berada.
😊KERAP CUCI TANGAN
😊PAKAI MASK
😊JARAKKAN DIRI DARI INDIVIDU LAIN SEKURANGNYA 1 METER
😊JANGAN BERSALAMAN DAN BERSENTUHAN
😊 DUDUK DI RUMAH JIKA TIADA URUSAN PENTING
😊 AMALKAN SOP KETAT JIKA ADA INDIVIDU/SAUDARA YANG DATANG/PULANG/BERKUNJUNG KE RUMAH ANDA DARI ZON MERAH
Dimaklumkan terdapat 4 kes baru dilaporkan iaitu 2 jangkitan tempatan dan 2 Import B dilaporkan
Kes ke 68 – Mukim Titi Tinggi
kes jangkitan tempatan
(Mendapat jangkitan dalam negeri)
Kes telah dikesan kerana merupakan kontak rapat kepada kes positif (anak) yang pulang bercuti ke Perlis dari Pulau Pinang.
Kes ke 69 – Mukim Titi Tinggi
kes jangkitan tempatan
(Mendapat jangkitan dalam negeri)
Kes telah dikesan kerana merupakan kontak rapat kepada kes positif (anak) yang pulang bercuti ke Perlis dari Pulau Pinang.
Kes ke 70 – Mukim Chuping
Kes Import B
(mendapat jangkitan di negeri lain)
Kes telah dikesan melalui ujian saringan pekerja baru (Kes datang dari Tanjung Malim Perak).
Kes ke 71 – Mukim Wang Bintong
Kes Import B
(mendapat jangkitan di negeri lain)
Kes telah dikesan melalui ujian saringan kerana merupakan kontak rapat kepada kes positif (rakan sekerja) di Alor Setar, Kedah.
Siasatan lanjut bagi semua kes masih dijalankan .
Sumber :
CPRC JKN Perlis
14/1/2021