Anda tengah merancang percutian dengan keluarga atau dengan rakan-rakan ke? Tapi masih buntu tak tahu arah tuju ke mana? Apa kata kalau kami cadangkan anda untuk bercuti di negeri Perlis Indera Kayangan, negeri terkecil di Utara Semenanjung Malaysia. Sekiranya anda ingin datang ke Perlis dan masih tercari-cari tempat untuk menginap di mana, anda boleh menginap di homestay al amin, homestay murah di bandar Kangar Perlis. Homestay al amin adalah salah satu homestay Perlis yang cukup selesa dan murah. Insyaallah anda berpuas hati dengan bayaran serendah RM150 semalam.
Ada benda yang best ke di Perlis ni? Pasti ramai yang terfikir Perlis tidak ada apa-apa tempat dan tarikan yang menarik. Anda pasti terkejut kalau kami katakan Perlis banyak menyimpan tarikannya yang tersendiri. Perlis terletak di Utara Semenanjung Malaysia dan bersebelahan dengan sempadan Thailand iaitu Satun dan Songkhla. Majoriti tarikan pelancongan utama di Perlis lebih kepada tarikan alam semula jadi dan aktiviti eko-pelancongan seperti Taman Rekreasi Tasik Melati, Gua Kelam, Hutan Lipur Bukit Ayer, Wang Gunung, Padang Besar, Muzium Kota Wayang dan banyak lagi.
KEMUDAHAN
Homestay al amin terletak di bandar Kangar. Homestay ini adalah sebuah rumah Semi-D dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Antara kemudahan yang disediakan oleh homestay al amin ialah :
- 2 Katil Queen 1 katil single
- Penghawa dingin 1.5 host ( Bilik Utama Sahaja)
- Sterika + Board
- Bilik air dilengkapi pemanas air
- Almari baju
- Sejadah
- Ruang tamu dengan sofa
- Ruang tamu berhawa dingin 1.5
- host TV + Astro Njoi
- Dapur dengan set meja makan
- Dapur dengan set gelas dan pinggan mangkuk
- Kabinet Dapur memasak untuk memasak
- Peti sejuk
- Mesin basuh
- 2 Tilam dan 2 bantal Extra
- Penyidai pakaian
- Diskaun Diberikan Jika menginap lebih dari 2 malam
- Maksimum Tetamu 5 orang (dewasa)
Maklumat Tambahan
Homestay Al Amin Merupakan homestay murah di Kangar Perlis dan berhampiran dengan tempat-tempat strategik seperti stadium tuanku syed putra, kompleks pertanian bukit bintang (Ladang Harum Manis Di Perlis) serta tepat-tempat lain di Perlis.
The Homestay Perlis
