Categories
CONTEST

Kejohanan Sepak Penalti Terbuka Lelaki dan Wanita

Info Kejohanan Sepak Penalti

Kejohanan Sepak Penalti Terbuka Lelaki dan Wanita bersempena Bulan Sukan Negara,Sukan Luar Bandar. Hadiah utama setiap kategori ialah RM1000.

Hari terakhir untuk anda dapatkan borang penyertaan ialah pada 16 Oktober ini. Borang penyertaan boleh didapati di Pusat Khidmat Rakyat saya atau boleh hubungi nombor tertera.

Yuran penyertaan RM25 sepasukan yang terdiri dari 5 orang.

Program kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Kuala Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Kelab Sukan dan Rekreasi Kuala Perlis ini akan diadakan di Sekolah Padang Besar Selatan pada pada hari Sabtu ini, 19 Oktober 2019 bermula jam 8.00 pagi.

Sumber : YB Azam Karap

Categories
HEBAHAN

PROGRAM LUKIS HAFAL

the homestay play
Program Lukis Hafal

Mendorong dan melatih anak-anak menghafal surah menggunakan lukisan kartun mengikut setiap ayat.

Objektif Program :

  1. Menerangkan dengan lebih mendalam tentang setiap surah sehingga anak-anak boleh memahami setiap ayat.
  2. Memupuk rasa gembira dalam diri anak-anak sewaktu menghafal.
  3. Menggunakan ilustrasi yang menarik yang memberikan gambaran menyeluruh setiap ayat.
  4. Melatih anak-anak dekat dan cinta al-Quran.

Pengisian Program :

  • Slot 1: Asas melukis kartun
  • Slot 2 : Teknik Lukis dan hafal surah
  • Slot 3: Menghasilkan komik Ibrah berkaitan surah

Hubungi : http://www.wasap.my/+60176483504 untuk keterangan lanjut.

Categories
EVENTS DI PERLIS

HEBAHAN KEJUARAAN CUB PRIX PUSINGAN KE TUJUH 2019

KEJOHANAN CUB PRIX 2019 akan berlangsung pada 5-6 Oktober 2019 (Sabtu dan Ahad) di sekitar KAWASAN KOMPLEKS SUKAN TUANKU SYED PUTRA PERLIS.

Ujian trek akan dijalankan pada 4 Oktober 2019.

the homestay perlis
Kejohanan Cub Prix Pusingan ke 7

Penutupan jalan dan laluan adalah melibatkan kawasan gelanggang skuasy, hoki, padang A dan B serta kawasan petanque.

Justeru itu, kawasan berkenaan ditutup mulai 4 Oktober 2019 (Jumaat) sehingga 6 Oktober 2019 (Ahad) disebabkan sepanjang tempoh tersebut, pagar keselamatan litar dipasang dan tidak ada laluan masuk ke kawasan berkenaan.

Laluan masuk ke KOMPLEKS SUKAN akan menjadi sehala iaitu masuk melalui pintu D dan keluar melalui pintu A sahaja.

homestay perlis

KEJUARAAN CUB PRIX PUSINGAN KETUJUH 2019. Klik link di bawah untuk info Cub Prix sebelum ini

SAMBUTAN BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2019 YANG BERMULA PADA JAM 8 PAGI DENGAN PELBAGAI AKTIVITI SUKAN DAN MAJLIS PELANCARAN PADA SEBELAH PETANG BERMULA JAM 3 PETANG PADA 6 OKTOBER 2019

JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI!!!

Sumber : Bulan Sukan Negara Perlis 2019

Categories
HEBAHAN

MEGA PLOGGING CHALLENGE & HARI TERBUKA KUALA PERLIS 2019

the homestay perlis

Maklumat detail program

  • Tarikh : 5hb Oktober 2019
  • Masa : 7.30 pagi – 4.00 petang
  • Tempat : Padang Semarak Seberang Ramai, Kuala Perlis

Antara acara-acara yang diadakan ialah :

Pertandingan Kutip Sampah Terbanyak.
HADIAH UTAMA : RM 1000.00

CABUTAN BERTUAH : Sebuah Motorsikal dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik. (Setiap penyertaan adalah PERCUMA, dan akan mendapat t-shirt Mega Plogging Challenge EDISI TERHAD).

Pameran dan Kaunter khidmat pelanggan dari agensi-agensi kerajaan.
Khidmat Kaunter Bergerak
Servis Motorsikal PERCUMA
Food Truck Station

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi No. Pusat Khidmat Rakyat Dun Kuala Perlis di talian 0123090969
Atau boleh mai sendiri dekat Pusat Khidmat Rakyat Dun Kuala Perlis.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.